Tarik semula ‘report’! Kes kereta calar berpunca daripada isteri, dua lelaki sudah berdamai.

Enggan isu menjadi berpanjangan, dua lelaki yang bertengkar dalam sebuah video tular di media sosial semalam memilih jalan untuk berdamai.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Adzwan Ab Manas berkata, dia menarik semula laporan polis dibuat terhadap sepasang suami isteri susulan kejadian kereta miliknya yang mengalami kesan calar.

“Kes yang viral tadi (semalam) telah selesai. Permohonan maaf telah dibuat oleh beliau dan saya telah menarik balik laporan polis yang dibuat,” tulisnya malam tadi.
Kes kereta calar berpunca daripada isteri
Sebelum ini, Adzwan meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa pasangan suami isteri itu berlagak samseng sedangkan kejadian berpunca daripada wanita tersebut yang membuka pintu kenderaan dengan kuat sehingga terkena kereta miliknya.

Sementara itu, dia berharap kejadian terbabit yang berlaku di 1120 Park Avenue, Petaling Jaya dapat menjadi pengajaran buat semua pihak selain meminta warganet tidak lagi memberikan kecaman di media sosial.

“Harap menjadi pengajaran kepada semua. Saya juga berharap netizen hentikan kecaman di semua media sosial. Move on.. terima kasih semua,” katanya lagi.
Semalam, Adzwan menegur perbuatan wanita berkenaan dan menerima permohonan maaf tetapi mendakwa dirinya masih dipersalahkan sekali gus berlaku pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Sumber: Facebook Adzwan Ab Manas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*