‘Mahu Beri Peluang Rasai Festival’ – Seorang Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Pergi KEPCI Music Fest

Pada awal minggu ini tular isu ketidakpuashatian orang ramai terhadap insiden pelajar-pelajar tahfiz dibawa masuk ke acara konsert KEPCI Music Fest.

Sehubungan dengan itu, seorang individu tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert tersebut di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Memetik Harian Metro, Andrie Ung Han Xiang yang mengakui dia adalah individu membawa pelajar terbabit ke festival itu berkata, pihak penganjur termasuk kerajaan tidak terbabit dengan kehadiran mereka.

Menurutnya, dia bersama rakan berjaya mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival itu.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.

“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta konsert, selain boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai video tular itu, Andrie berkata, pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih adalah dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.

Katanya, mereka adalah anak pelarian Rohingya yang hampir tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Andrie berdukacita atas ketidakpuasan hati dan menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu itu.

SUMBER Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*