“Macam Model Sebelum Ni..” – Bertaruh Nyawa Demi Selamatkan Orang Awam, Fizikal Bomba Kacak Berubah Sepenuhnya

Di laman TikTok, tular video sebuah dokumentari memaparkan beberapa orang anggota bomba di China mengalami kecacatan sepenuhnya.

Difahamkan, kesan melecur yang dihadapi kerana berkorban demi keluarkan orang awam dalam mesi menyelamat.

Dapat dilihat dalam video tersebut, dahulunya ahli bomba tersebut mempunyai tubuh badan yang tegap serta rupa paras kacak tetapi kini semua sudah berubah.

bukan hanya tidak boleh berjalan seperti biasa dan perlu berharap dengan kerusi roda, malah kulitnya turut berubah kerana melecur yang agak teruk.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata menganggap ahli bomba itu adalah hero sebenar serta berasa sebak dalam pada masa yang sama.

Malah, ada juga netizen yang berharap agar ada orang kaya sudi menaja kos pembedahan plastik buat ahli bomba berkenaan kerana barangkali ia mampu memberi sinaran buat para bomba yang terlibat.

sumber beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*