Gagal tahan sebak, Amar Asyraf titiskan air mata, tak sangka sudah ada ‘signboard’ bisnes sendiri

Baru-baru ini, pelakon Amar Asyraf berkongsi kegembiraannnya apabila perniagaan minyak wangi dibawah jenamanya sendiri sudah semakin berkembang telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amar di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan sebak kerana sudah mempunyai papan tanda perniagaannya.

Bukan itu sahaja, dia meluahkan rasa syukur dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak pernah berhenti memberi sokongan bermula berniaga dari rumah sehinggalah memiliki kedai sendiri.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. Terima kasih semua!!” ujarnya di ruangan kapsyen.

Netizen tumpang gembira

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira atas kejayaan aktor yang berusia 36 tahun itu malah, mereka turut menjadi saksi kepada perjuangan Amar dalam mengembangkan perniagaannya.

Alhamdulilah, tahniah Amar!

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan ucapan tahniah kepada Amar atas kejayaannya dalam perniagaan minya wangi yang dilihat sudah semakin maju dan berharap dia akan terus berjaya pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: TikTok @Amar Asyraf

via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*