Lawan Arus! Ditud0h Punca ‘rider’ Ducati MninggaI, Lelaki Mengaku 0KU & Sakit MentaI.

Penunggang motosikal yang meIawan arus sehingga menyebabkan kemat.ian penunggang Ducati Panigale mengaku Orang Kurang Upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mentaI.

Menurut laporan Sinar Harian, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad telah menerima surat rujukan daripada doktor.

Mengaku OKU & sakit mentaI

Izleen berkata, anak guamnya yang berusia 42 tahun itu menerima surat tersebut sewaktu ditahan di sebuah hospital di Kajang selain turut mendapat ubat bagi rawatan psikiatri.

“Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Je.nayah,” katanya.

Sebelum ini, Izleen berkata, tertuduh merupakan seorang OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran pula berkata, dia tidak memb.antah dengan permohonan peguam tersebut.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Amalina Basirah Md To membenarkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Tertuduh di Mhkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kema.tian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.

Kesalahan berkenaan didkwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuh Raya SUKE berhampiran Ulu Kelang sekitar jam 1.10 tengahari pada 14 Jun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*