“Ustaz cakap isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai” -Abang Tesla

Perkongsian seorang influencer yang terkenal dengan konten kereta berkenaan perkahwinan keduanya telah mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Video dia memujuk isteri yang menangis dalam dakapan selepas solat subuh telah membuatkan ramai sedih lebih-lebih lagi golongan wanita yang berat untuk menerima poligami dalam perkahwinan.

Lagi menghargai sesuatu bila poligami
Namun, menerusi video terbaru Abang Tesla di media sosialnya, dia telah memuat naik momen deeptalk dengan isteri pertama di dalam kereta dengan meluahkan rasa ralat mengapa orang ramai seolah-olah tidak faham maksud sebenar poligami kerana dia merasakan proses berkenaan menjadikannya lebih menghargai sesuatu.

“Satu Malaysia kecam saya, awak (isteri pertama) tahu kan pasal itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh.
“Ramai yang buat poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul. Kalau nak ikutkan kecaman dengan sakit hati awak, lagi sakit hati awak.

Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap.

Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu,” ujarnya.

“Isteri petama untuk dihargai manakala isteri kedua untuk dicintai”

Walaupun video deeptalk tersebut telah dipadam, ramai yang kembali memuat naik posting berkenaan di TikTok termasuklah akaun @duniacintakita_.

Menerusi video itu lagi, pemilik nama sebenar Muhammad Khal Iltizam Yusry turut menyatakan bahawa seorang isteri sangat mudah untuk masuk ke dalam syurga jika mentaati Allah S.W.T dan juga suami tercinta.

Dia juga menyatakan yang isteri petama untuk dihargai manakala isteri kedua untuk dicintai.

“Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu.

“Mungkin ramai yang salah tafsir soal poligami, ramai perempuan di luar sana kata tidak adil. Allah itu Maha Adil, perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka.
“Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami,” jelasnya lagi.

Bertambah sayang dengan isteri pertama
Abang Tesla juga sempat menjelaskan bahawa poligami telah membuatkan dirinya bertambah sayang dengan isteri pertama, Nurmajdina Jamari dan berharap supaya poligami ini tidak terus terusan dipandang negatif oleh sesetengah pihak.

“Perkara itu orang lain tak faham, mereka hanya kaitkan dengan nafsu semata-mata. Bila pandang poligami dengan indah, kita akan nampak yang indah. Kalau pandang dengan sudut negatif, begitulah yang terjadi di Malaysia, nak cakap pun susah.

“Kita tak boleh nak tutup mulut orang, tak boleh nak cakap apa-apa. Awak sahaja yang tahu saya macam mana.
“Saya tahu Allah mampu berbolak balik hati manusia sekelip mata, tapi apa yang saya belajar sekarang ini adalah erti menghargai. Dulu kita berdua pernah rasa berjauhan, daripada situ dah mula belajar.

Kalau nak cakap tak sayang itu, sumpah makin sayang.
“Saya nak pesan pada orang ramai, jagalah percakapan kita. Sebab kita tidak tahu perkara macam ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Hormatilah dan hargailah isteri, takutlah pada Allah,” nasihatnya.

Sebelum ini, influencer berkenaan telah mendapat kecaman ramai kerana memuat naik video memujuk isterinya selepas solat subuh beberapa jam sebelum dia bernikah lagi satu.

Kebanyakkan mereka kurang setuju tindakannya yang menjadikan momen sedih isterinya yang pasti terluka dengan poligami sebagai konten walaupun wanita itu reda dimadukan oleh suami tercinta.

Sumber: TikTok @duniacintakita_, abang tesla

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*