pengkid kacau jurujual di ‘mall’ dan kejar, cuba pel0k jurujual.

Pengkid Kacau Jurujual Cuba Untuk Peluk!!!
Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang jurujual wanita yang didakwa diganggu oleh seorang wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Menerusi ciapan di Twitter, kelihatan pengkid yang memakai jaket berwarna merah dan berambut perang itu sedang berbual-bual dengan jurujual wanita di sebuah kedai barang kemas.

Saya suka kacau amoi sebab dia takut dengan saya.

Tidak lama kemudian, jurujual yang dilihat kurang selesa tersebut cuba untuk mengelak namun pengkid berkenaan mengejar dan memaksa untuk memeluknya.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyifatkan tindakan pengkid tersebut sebagai gangguan seksual walaupun dia adalah seorang wanita.

Dalam pada itu, mereka juga menasihati mangsa untuk tidak teragak-agak membuat laporan polis dengan segera.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*