[VIDEO] Farid Kamil ‘Bersuluk’ Untuk Asingkan Diri & Dekat Dengan Allah, Netizen Rasa Sebak

Sepotong video memperlihatkan pelakon Farid Kamil sedang bersuluk telah mencuri perhatian wargamaya.

Farid Kamil bersuluk
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, bersuluk membawa maksud pengasingan diri untuk bertafakur atau menenangkan fikiran dan mendekatkan diri dengan Pencipta (Allah S.W.T).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram milik adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari, aktor itu dilihat sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz dan dipercayai ia sebahagian daripada proses bersuluk.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tersenyum tanda gembira ketika dipakaikan serban sambil disaksikan oleh beberapa orang di sekelilingnya.

Sementara itu, Farid juga dilihat sempat merakam beberapa foto bersama jemaah tabligh.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan mendoakan aktor itu sentiasa di bawah lindungan Allah.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya meluahkan rasa sebak melihat video tersebut.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*