
Selepas tujuh hari bersalin, usahawan dan selebriti popular Neelofa mengikut saranan sunnah nabi dengan berkongsi nama cahaya mata keduanya kepada umum.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, selebriti berusia 34 tahun itu dan suaminya Haris Ismail sepakat menamakan anak lelaki tercinta sebagai Abdullah Abbas.
Rujuk hadis Rasulullah
Di ruangan kapsyen, dia memberi penjelasan secara terperinci berhubung maksud disebalik pemilihan nama Abdullah Abbas yang merujuk kepada hadis Rasulullah SAW.
Abdullah Abbas nama putera kedua kami
Abdullah dan Abbas ada maksud tersendiri
Sebelum itu, Neelofa turut menyatakan maksud ‘Bilal’ yang merujuk kepada nama anak sulungnya Muhammad Bilal selain berharap putera kesayangan berusia setahun itu dapat menjadi seperti sahabat Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah.
Bilal – tak dapat dipisahkan dengan keikhlasan & keberanian
Moga Bilal Haris dapat jadi seakan Bilal bin Rabah
Terdahulu, bekas pengacara MeleTOP itu selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar jam 10.45 malam pada 11 Julai lalu.
Untuk rekod, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.
Sumber: Instagram Neelofa
Leave a Reply