Shuib Sepahtu dedah pendapatan syarikat Bubble Bee, raih ratusan juta.

Satu per satu nama Shuib Sepahtu timbul dan jadi sebutan sejak akhir-akhir ini.

Mulanya, nama Shuib naik sebab kisah perkahwinannya dengan Watie. Dah tentu banyak pihak media banyak muatnaik gambar hari bahagia mereka.

Kemudian timbul pula isu tindakkan Shuib yang mengambil jalan undang-undang ke atas beberapa individu.

Ini disebabkan komen-komen kurang baik dari individu berkenaan yang dikatakan agak keterlaluan dan tak benar sama sekali.

Ketika sidang media, Shuib Sepahtu telah pun mengeluarkan kenyataan tentang kejayaan perniagaannya iaitu syarikat makanan dan minuman Bubble Bee.

Di sidang media itu, Shuib akhirnya mendedahkan bahawa hasil jualan Bubble Bee selama tiga tahun ii ialah sebanyak RM150 juta.

Ini memang satu jumlah yang agak besar, tetapi Shuib akui memang berusaha keras untuk mengecapi kejayaan sedemikian.

Disebabkan itu, Shuib amat terkesan jika ada pihak yang menuduhnya yang bukan-bukan termasuk menyertai organisasi tertentu.

“Memang struggle saya ni nak buat Bubble Bee, selama tiga tahun. Tapi ada orang kata, sales Bubble ni bukan banyak pun, tapi macam mana boleh bukak franchise banyak-banyak, macam man boleh kaya raya.”

“Nak saya dedahkan ke?”

Shuib kemudian mendedahkan hasil jualan Bubble Bee selama 3 tahun itu.

“Untuk tiga tahun, ini semua hasil sokongan orang ramai ye, hasil jualan Bubble Bee ialah RM150juta, alhamdulillah.”

 

“Tapi kenapa pula ada yang pertikaikan yang saya buka Bubble Bee dengan duit yang diberikan oleh sebarang organisasi lain.”

Shuib juga berkata, dengan komen serta kenyataan tak benar yang ditulis oleh beberapa pihak, ianya akan menjejaskan nama syarikatnya itu.

“Dekat Bubble Bee sekarang dah ada 300 lebih pekerja. Takkan sebab penulisan mereka, yang tulis benda yang tak betul, akan menjejaskan semua periuk nasi, termasuk yang staff ni semua.”

Video:

https://twitter.com/pickyhn/status/1676618666333413378

Tahniah diucapkan kepada Shuib Sepahtu di atas kejayaannya mencipta nama dengan perniagaan Bubble Bee, semoga terus maju jaya diucapkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*