Video Baby Pian part 2 pula bikin berdekah- “Part gardenia tu sis feel u…”

Buat pengguna media sosial pastinya pernah melihat video watak
kartun komedi yang dikenali sebagai Baby Pian yang dihasilkan
oleh lelaki bernama
Ajiq Haris.

Idea kreatif daripada lelaki ini seringkali menjadi perhatian
dimana dia juga menggunakan idea kejadian semasa yang berlaku
sekali gus membuatkan video dihasilkan berjaya mencuit hati
ramai.

Jualan hari lahir Lazada ke-8, HUAWEI tawarkan produk
serendah RM88

Malah baru-baru ini, menerusi Instagram netizen dapat melihat
bahagian satu watak kartun Siri Baby Pian dan Riki Si Anjing
yang menekankan tentang duduk dirumah berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan.

 

View this post on Instagram

 

Baby Pian tak duduk rumah? 😷#dubbingmerapu #penghiburbawahan #wabak

A post shared by a j i q h a r i s (@ajqhrs) on


Walau bagaimanapun, video terbaru yang dikatakan bahagian kedua
berjudul ‘Baby Pian tak duduk rumah?’ juga membuatkan ramai
gelak besar.

Apatah lagi, isu yang kini tular juga mengenai roti Gardenia
yang rata-rata ada yang tidak dapat merasainya seperti dulu
dimana ada yang mengadu roti kegemaran ramai ini cepat habis di
kedai.

Dalam pada masa yang sama, video ini juga menggabungkan situasi
semasa yang viral dimedia sosial sekali gus mencuit hati
netizen dengan idea kreatifnya.

 

View this post on Instagram

 

Baby Pian tak duduk rumah? 😷 (part 2) #dubbingmerapu #penghiburbawahan #wabak

A post shared by a j i q h a r i s (@ajqhrs) on


Perkongsian video bahagian dua itu turut meraih ribuan tanda
suka yang kini sudah mencecah 70,000 dan lebih seribu komen
juga ditinggalkan ramai diruangan komen.

Netizen juga berseloroh dengan idea kreatif mengenai roti
Gardenia dimana rata-rata juga akui sudah lama tidak dapat
makan roti kegemaran ramai itu.

Sumber: Instagram Ajqhrs via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Facebook Comments