“Tahniah Emma. Semakin cantik dan matang, terbaik…”- Netizen

Menerusi laman Instagram, Emma Maembong menasihati kepada semua agar
kekal positif apatah lagi dengan situasi begini yang sekali gus
membuatkan rata-rata dapat meluangkan masa bersama ahli
keluarga.

Pesanan daripada selebriti terkenal ini juga yang terbaru
dikongsikannya membuatkan rata-rata tertarik dimana Emma
Maembong mendedahkan aktiviti dilakukan ketika melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikutan Emma Maembong turut memberitahu bahawa ramai peminat
yang bertanya apakah aktiviti dilakukan di rumah sepanjang
kuaratin, lalu menerusi perkongsian kali ini dia merakam video
dan mendedahkan aktivitinya sejak kebelakangan ini.

Bagi pelakon ini, bermacam-macam perkara dapat dilakukan
olehnya seperti belajar cara memasak, agama, untuk positif dan
meluangkan masa bersama keluarga dan suaminya.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan rata-rata peminat
memujinya juga adalah Emma Maembong seorang yang kuat berkerja.

Malah, katanya juga sehari selepas pernikahan dengan jejaka
pilihan hati pada Februari lalu, Emma Maembong sudah berkerja
dan dengan tempoh ini sekali gus dapat membuatkan dirinya
mempunyai waktu untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.

Tambah Emma Maembong lagi, ketika hari-hari istimewa keluarga
juga dia terlepas kerana sibuk dengan kerjanya. Oleh itu, dia
menasihati agar orang ramai tidak bosan dan menggunakan waktu
ini bersama keluarga.

Video Emma Maembong stay positive jadi
perhatian ramai

 

View this post on Instagram

 

#Emanizers #Emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


Dalam pada masa yang sama, sempena hari ulang tahun
kelahirannya ini dia ada mempromosikan produk. Namun begitu,
perkongsian Emma Maembong itu membuatkan netizen juga mendoakan
yang terbaik buatnya selain postingnya itu meraih ribuan tanda
suka dan komen positif daripada peminat.

Sumber: Instagram Emma
Maembong
 via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Facebook Comments