“Suami aku… tido pun handsome. Kesian dia penat…”

Sejak akhir-akhir ini, pelakon terkenal Aeril Zafrel seringkali
menjadi perhatian ramai peminat dan netizen apabila gelagat
lucunya sering dikongsikan.

Seperti yang diketahui, Aeril Zafrel antara selebriti yang
cukup aktif memuat naik video dan menulis kapsyen lucu
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula iaitu dari
18 Mac lalu sehingga kini yang sudah memasuki hari yang ke-10.

Apa yang lebih mencuit hati netizen adalah kepelbagaian idea
selebriti ini dalam menghiburkan pengikut dilaman sosial
peribadi miliknya dimana ada sahaja gelagat lucu yang dirakam
olehnya.

Sama ada bersama anak perempuannya dalam menghasilkan video
TikTok atau dirinya sendiri merakam video lucu juga mampu
membuatkan ramai gelak besar melihatnya.

Walau bagaimanapun, jika baru-baru ini Aeril Zafrel
berkongsikan video mengikuti trend marah terkini yang semakin
tular dimana seseorang yang melakukan video itu untuk
menunjukkan caranya memarahi pasangan yang menganggu.

Lalu gara-gara mengikut trend, Aeril Zafrel
menghasilkan video seperti dirinya dimarahi oleh Wawa
Zainal sehingga mengundang gelak ramai dengan video lakonanya
itu.

 

View this post on Instagram

 

Wawa ni. Org nak tido pun tak tenang .. Hmmmm entahla…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Namun lebih mencuit hati ramai pada hari ini pula, netizen
lebih percaya bahawa kapsyen lucunya pada kali ini bukanlah
dari isterinya, Wawa Zainal.

Ini kerana, menerusi posting kali ini dapat dilihat sekeping
foto Aeril Zafrel yang kepenatan dan seperti biasa kapsyennya
pasti membuatkan ramai gelak besar.

 

View this post on Instagram

 

Suami aku… tido pun handsome.kesian dia penat sangat tadi kemas rumah ☹️☹️ 📸 by @w4w4_zainal

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Suami aku… tido pun handsome. Kesian dia penat sangat tadi
kemas rumah… by @Wawa_Zainal” tulisnya dan turut kelihatan
nama akaun isterinya, Wawa Zainal.

Malah, kali ini juga posting itu meraih ribuan tanda suka dalam
masa yang sekejap dan komen pula sehingga kini mencecah seribu
ditinggalkan ramai.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Facebook Comments