Lelaki Tiba-Tiba MuncuI Minta Izin Ambil Buah Mempelam. Bila Tuan Rumah Tanya, Terb0ngkar Cerita Sebenar

” Duk dalam tandas, anakanda Rania panggil, kata ada orang bagi salam..”

Itu perk0ngsian di Facebook oleh individu bernama Nik Khairuddin tentang kisah seorang lelaki yang muncul di depan rumahnya secara tiba-tiba dan meminta izin untuk mengambil buah mempelam di hadapan halaman rumah.

Berikut perkongsian Khairuddin yang mendapat tanda ‘like’ sebanyak 5.4k dan 900 ‘shares’;

Assalamualaikum bang, nok mintak pelam (buah mempelam) sikit.

Ambiklah.. galah ada bawah pokok tu.

Sambil-sambil dia duk ka1t pelam tu. Sembanglah sikit-sikit. Tanya-tanya.

Tanya duk mana. Katanya duk Bukit Payung. Aku pun tak tanya details jugak nama kampung apa.

Lepas tu jauh mari ni, mari dari mana lagi.

Tadi gi pejabat MAIDAM Marang,tapi tutup. Lepas tu ke JKM Marang, tutup jugak.Ingat nak gi cari bantuan barang dapur sikit. Lalu depan rumah abang,napok banyak pelam. Tu yang singgoh tu.

Anak-anak dan mek (isteri) lama dah sungut (bersungut) nak makan pelam.Anak-anak suka la ni wak balik kekgi (kejap lagi).

Dalam hati aku, mungkinkah ini makan tengahari mereka.

Tanya berapa orang anak..4 orang katanya. Keje mana bang. Katanya t0long-tolong orang buat rumah. Sekarang ni stop dulu keje.

Aku cakap,pergilah jumpa Ketua Kampung. InshaAllah ada bantuan. Sebab sekarang ni Kerajaan Negeri sedang gerakkan bantuan untuk mereka-mereka yang terjejas dengan situasi C0v1d-19 ni.

Ooo..gitu.. nanti saya try gi tanya. Sebab setakat ni takdok dapat apa2 maklumat lagi.

Lepas setengah jam, banyak lagi hal2 disembangkan sambil2 dia kait pelam.

Doh berapa ringgit ni bang. Banyak saya ambik buah pelam ni. Penuh plastik.

Takpelah..ambik je..doakan saya murah rezeki sentiasa je. Dan doakan semoga pahala bersedekah ni sampai kat arwah mok ayah saya. Mereka yang tanam pokok pelam ni.

Ingatlah, dalam kadang-kadang kita merungut susah,ada lagi insan diluar sana yang susah. Jangan pernah kenal putus asa dalam kehidupan kita.InshaAllah ada jalan keluar untuk segala kesusahan ini.

Dalam pada itu Khairuddin turut menulis nota sebagai pesanan dan ikt1bar yang boleh diambil dari kisah yang diceritakannya itu.

1) Itulah bapa / suami. Mereka sanggup berusaha lakukan apa sahaja untuk membahagiakan anak-anak dan isteri.Bayangkan macam mana re4ksi anak-anak bila si ayah bawa balik pelam tu kan.Mungkin sesetengah orang malu nak mintak,tapi dia buang rasa malu tu demi anak-anak dan isteri. Tahniah kaum bapa/suami.

2) Dalam keadaan sekarang,pemimpin samada pemimpin kecil atau pemimpin besar,sama-sama lipat gandakan usaha membantu orang bawahan/rakyat. Pergi cari rakyat yang dalam kesusahan. Biar maklumat sampai kepada mereka. Bagi bantuan kepada mereka yang BETUL

Sementara itu rata-rata warganet berterima kasih kepada Nik Khairuddin yang berkongsi kisah itu kerana sikap prihatin dan pemurah dalam meringankan beban insan lain yang sedang dalam kesusahan.

” Kita yang Tuhan bagi rezeki setiap bulañ walaupun sikit , patut syukur, ada sahabat kita makan ke x . ya Allah berilàh segala kemudahañ kepadanya, aamin!” tulis Mat Anep

” Masuk habuk pulak mata ni, bagi bapa bapa yang ada anak terutama anak yang kecik kecik pasti tersentuh hati bila baca dan bayangkan situasi ini kita yang alami. Terbaik tuan, semoga Allah murahkan rezeki kita semua”, tulis Syamsul

Kredit m.u

Facebook Comments