“Nasib kampung kita tak de case kan baby…”

ini drama dari Korea semakin mendapat tempat dihati penonton tidak kira negara yang meminati bakat lakonan pelakon-pelakon hebat popular Korea.

Pastinya juga ramai peminat drama Korea mulai tahu drama Korea ini seolah-olah ‘berhantu’. Manakan tidak, setelah terjebak melihat satu episod saja, confirm tidak boleh berhenti dari terus menonton sehinggalah drama berkenaan tamat.

Buat peminat setia pastinya pernah menonton drama bersiri popular berjudul, Descendants of the sun, Goblin mahupun drama Crash Landing on You yang baru saja tamat pada Februari lalu.

Apa yang menjadi perhatian terkini pastinya drama Crash Landing On You. Apatah lagi, ia merupakan lakonan daripada pelakon kacak, Hyun Bin yang memegang watak sebagai Ri Jung Hyuk bersama Son Ye Jin sebagai Yoon Se-Ri.

Nampaknya, selebriti tanah air juga turut terjebak menyaksikan drama berkenaan yang dilaporkan meraih rating tertinggi dan antara yang terjebak juga Janna Nick yang dapat diperhatikan apabila dia memuat naik sekeping foto.

Meskipun kuarantin, selebriti turut dapat menghiburkan peminat mereka menerusi laman sosial peribadi milik mereka dan ternyata, perkongsian Janna Nick ini turut meraih pelbagai maklum balas daripada ramai.

 

View this post on Instagram

 

“Nasib Kampung kita tak de case kan baby…” – Jan Se Nick #crashlandingonyou 🥰 #captainri #cracklandingonyou

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Nasib kampung kita tak de case kan baby…” Jan Se Nick.” Tulis Janna Nick sehingga mengundang ramai turut meninggalkan komen buatnya.

Malah rakan selebriti turut meninggalkan pelbagai maklum balas lucu diruangan komen dimana rata-rata terhibur dengan perkongsian Janna Nick.

Apatah lagi, wajah pelakon wanita dalam drama berkenaan turut diedit dimana babak Crash Landing On You adalah disaat Hyun Bin sebagai Ri Jung Hyuk bersama Son Ye Jin sebagai Yoon Se-Ri menaiki basikal bersama.

“Hahahaha eeeyy geramm je tengok”

Sumber: Instagram Janna Nick

Facebook Comments