Mira Filzah payung 2 foto keluarga, wajah ‘kembar’ raih tumpuan ramai

Siapa saja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita popular ini, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman. Selain bergelar pelakon paling popular, selebriti ini kini juga merupakan seorang pengacara dan usahawan wanita Malaysia.

Menerusi laman peribadi Instagram milik wanita berusia 26 tahun ini juga sering menjadi perhatian ramai dengan jumlah followers juga bukan sedikit dan kini telah mencecah sehingga 6 juta pengikut.

Jadi tidak mustahillah fotonya bersama ahli keluarga turut mendapat ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap meskipun tidak sampai 24 jam dikongsikan.

Melalui perkongsian terbaru Mira Filzah dimana seperti sedia maklum kini semua perlu mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan dengan memerlukan kita untuk duduk dirumah lalu pelakon ini memuat naik foto throwback kepada peminat dan pengikut.

Foto bersama ahli keluarga Mira Filzah jadi perhatian

Pelakon drama Sweet Dreams ini berkongsikan dua keping foto bersama adik-beradiknya dan ibu bapa lalu menerusi kapsyen, Mira Filzah terus memberitahu bahawa ianya foto throwback keluarga.

 

View this post on Instagram

 

When searching for a reason to appreciate today, remember that you woke up . . Family. 🥰❤️ Throwback hiking at Zion National Park, Utah & The Vessel, Hudson Yards. #throwbackthursday

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

“When searching for a reason to appreciate today, remember that you woke up. Family. Throwback hiking at Zion National Park, Utah & The Vessel, Hudson Yards. #throwbackthursday” ujar Mira Filzah.

Dalam pada masa yang sama, netizen turut memuji wajah cantik keluarga selebriti ini selain netizen dan peminat juga akui wajah keluarga mereka sama dan comel.

Sumber: Instagram Mira Filzah via HCL

Facebook Comments