GIamour Makcik Kiah Sekarang Yaa..

“SAYA jadi tumpuan umum dalam sekeIip mata apabila nama
dika1tkan dengan analogi keluarga ‘Makcik Kiah’,” kata guru
mengaji al-Quran, Rokiah Mohd Said, 77.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan
analogi mudah, keluarga Makcik Kiah untuk pemahaman rakyat
ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
atau Prihatin (PREPR).

Rokiah berkata, selepas pengumuman PREPR itu dia menerima
puluhan mesej WhatsApp dan panggilan telefon daripada keluarga
dan kenalan serta penduduk kampung.

Katanya, mereka mengusiknya dengan pelbagai gurauan selain ada
yang mengucapkan tahniah kerana disebut Muhyiddin.

“Sebelum ini, saya hanya dikenali penduduk kampung yang
memanggil Makcik Kiah untuk mengajar anak mereka mengaji
al-Quran.

“Ada kenalan saya yang menghantar mesej pelbagai imej dan
kata-kata menarik serta nasihat berkaitan Makcik Kiah,” katanya
ketika ditemui di kediamannya di Jementah, Segamat, hari ini.

Menurut warga emas itu, dia tidak berkecil hati dengan usikan
itu malah berbangga, nama panggilannya kini p0pular.

Tidak ketinggalan mengusiknya adalah suaminya, Mohamed Yap, 94,
yang juga pesara tentera.

Katanya, ada juga orang yang tiba-tiba menghantar mesej meminta
gambarnya selain meminta penjelasan berhubung bantuan diumumkan
Muhyiddin.

“Nama Rokiah ini diberikan arwah ibu saya Sitam Mohd Yassin dan
kebetulan nama arwah datuk pun sama dengan nama bapa Perdana
Menteri.

“Orang memang memanggil saya Kiah kerana generasi terdahulu,
sekitar 60an memang gemar menyebut separuh daripada nama penuh,
seperti Rokiah jadi Kiah, Maimunah jadi Munah dan Ahmad jadi
Mad sahaja.

“Nama yang mudah diingat dan ringkas sebutannya, hingga
digunakan juga dalam filem lama termasuk arahan Tan Sri P
Ramlee,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Sumber

Facebook Comments