Jep Sambung Bebel Pasal Duduk Rumah Buat Ramai Tertawa!

Kalau sudah nama pun pelawak, biarpun dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan kini ada sahaja video yang dihasilkan oleh
Jep Sepahtu untuk menghiburkan peminatnya. Sebelum ini,
beberapa video yang dikongsikannya menerusi laman Instagram Jep
sendiri telah meraih perhatian ramai.

Seperti yang diketahui umum, dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan ini kesemua orang diminta untuk tidak keluar rumah.
Hanya yang bekerja dalam sektor tertentu, membeli barangan
keperluan dan jika ada hal penting sahaja dibenarkan keluar
rumah.

Jadi disebabkan itu Jep memberikan nasihat kepada orang ramai
untuk tidak keluar rumah jika tiada hal penting. Dalam
nasihatnya turut terselit cadangan aktiviti untuk dilakukan
ketika berada di rumah dan sudah pastinya ada ‘punchline’ yang
mampu buat anda tertawa.

Tiga hari lalu Jep memuatnaik satu videonya yang sedang
menggoreng jemput-jemput. Namun apa yang kelakarnya nama kuih
itu ditukarkan kepada ‘welcome-welcome’.

 

View this post on Instagram

 

Ok guys, nak tidur dah.. Esok nak basuh baju pulak. Best cuti duduk rumah 👍🏻#dudukrumah #stayathome #perintahkawalanpergerakkan

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Video yang dikongsikannya ini meraih lebih 700 ribu tontonan.
Lebih menarik, nama kuih ‘welcome-welcome’ ini menjadi sebutan
ramai di sosial media. Terbaiklah Jep!

Terbaru, sekali lagi video Jep sambung bebel yang
dikongsikannya menjadi sebutan ramai. Video yang memaparkan
dirinya sedang melipat pakaian sambil berbual itu meraih lebih
382 ribu tontonan.

 

View this post on Instagram

 

Duduk rumah ye semua 🙏🏻 #perintahkawalanpergerakkan #stayathome #covid_19

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on


Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video Jep
sambung bebel ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dari situ saya belajar beli baju tak de logo. Hampeh
ko Jep”

“Adoii pehal kelakar sangat ni. Untung bini”

“Win habiss”

Sumber: Instagram Jep Sepahtu via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Facebook Comments