Hebatnya! SonaOne Tampil Dengan Single Tiga Bahasa Berjudul Bomba

Penyanyi rap terkenal, SonaOne kini tampil dengan single terbaru berjudul Bomba.

Lebih menarik, Bomba merupakan sebuah lagu rancak yang diperkenalkan dengan tiga bahasa bersama muzik video arahan Denhouse Co.

Ini juga merupakan karya pertama SonaOne sejak berada di bawah naungan Def Jam South East Asia (Def Jam SEA).

Menurut SonaOne, kekuatan lagu ini adalah pada dinamik gabungan muzik serta bahasa selain terdapat aliran lirik puitis serta baris-baris yang kerap diucap dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan juga Perancis.

Lagu ini juga disampaikan dengan selingan bernuansa pop, R&B dan bunyian rap. Berteraskan sedikit unsur muzik kelab malam, ia mampu menonjol dan menjemput pendengar untuk sama-sama menikmatinya.

“Karya yang menyeronokkan, ceria dan ada tiga bahasa, ia memang saya. Dari sudut sonik atau bunyi saya ingin pendengar merasai apa yang saya rasakan ketika berada di studio semasa proses rakaman.

“Di mana berlakunnya satu situasi di dunia yang hanya terbatas dengan imaginasi,” katanya.

Bagaimanpun, SonaOne tidak akan berhenti di sebuah lagu sahaja. Bomba merupakan keluaran pertama dari album yang bakal muncul iaitu Freestyle Play.

Single terbaru berjudul Bomba ini kini boleh didapati di semua platform digital.

Terdahulu, album bertajuk Detail yang menampilkan kolaborasi bersama rakan seperjuangan, Alif berjaya meraih 10.8 juta putaran di Spotify sahaja.

Sekaligus menjadikannya SonaOne merupakan artis dengan putaran lagu keempat tertinggi di Malaysia bagi tahun 2019.

Facebook Comments