Disangkakan Petai Bersaiz Gergasi, Namun Ia Sebenarnya…

Melihatkan pada luaran ‘petai’ yang ditemui oleh penduduk setempat di Banjarnegara, Jawa Tengah ini ia memiliki saiz berkali ganda besar dari yang biasa. Pokok petai gergasi tersebut ditemui di dalam rizab hutan di lokasi tersebut.

Menurut Ketua Pemeliharaan daerah Wonosobo, Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA), Jawa Tengah, Adi Antoro, petai gergasi yang ditemui itu sebenarnya adalah buah entada.

“Kami sudah ke lokasi penemuan dan mendapati pokoknya tumbuh di Pringamba 2. Ini bukan petai, tapi spesis liana atau tanaman merambat,” ujar Adi Antoro.

Tambahnya lagi buah yang memiliki panjang 120 sentimeter itu tidak boleh dimakan dan ia adalah sejenis kekacang dan rasanya pahit. Selain itu Adi Antoro turut menyatakan tanaman entada ini hanya tumbuh dikawasan hutan tertentu sahaja.

Selain itu ukurannya juga dikatakan boleh mencapai lima kali ganda besar dari saiz petai biasa. Namun bilangan jumlah biji yang ada padanya lebih kurang dengan petai biasa iaitu antara 10 hingga 14 biji.

Penemuan tumbuhan itu oleh seorang pemuda ketika masuk ke hutan untuk mencari sumber air dan kemudiannya menjadi tular di sosial media. Pemuda yang dikenali itu berkata sebelum ini belum ada penduduk setempat yang menemui tumbuhan yang memiliki saiz luarbiasa itu.

Ceritanya lagi disebabkan terlalu teruja dengan penemuannya itu, dia membawa pulang ‘petai’ tersebut untuk ditunjukkan kepada penduduk lain. Setelah dikopek buah itu, bijinya berwarna putih. Biarpun begitu mereka tidak menjamahnya kerana bimbang beracvn.

Sumber: Sinar Harian / Detik

Facebook Comments