Anak Kecil Beri Nasihat Dalam Loghat Utara Buat Ramai Kagum!

Menjalani kehidupan yang pergerakan terbatas kesan dari wabak
Covid-19, orang ramai diminta untuk tidak keluar rumah
sepanjang tempoh yang ditetapkan. Ini bagi mengelakkan
penyebaran wabak ini dari terus menjangkiti orang lain.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini ditetapkan sehingga
31 Mac namun beberapa hari lalu Perdana Menteri Malaysia, Tan
Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ia akan dilanjutkan sehingga
14 April ini.

Duduk di rumah dan luangkan masa bersama keluarga. (Foto
sekadar hiasan/ sumber: Momjunction)

Biarpun begitu, saban hari masih ada kes positif dan kematian
yang dilaporkan. Walaupun jumlahnya semakin meningkat, namun
masih ada individu yang tidak bertangungjawab masih ingkar
dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Terbaru video seorang kanak-kanak perempuan menasihati orang
ramai tular di sosial media. Manakan tidak, loghat dan cara
percakapannya membuatkan ramai terhibur dan juga kagum.

Ini antara dialog yang diungkapkan anak kecil beri nasihat ini:

“Ni jangan kedegaq sangat nah. Hangpa tak reti jaga nyawa ka?
Kami tak larat nak cakap dah. Takkan nak bagi kami marah lagi
kot? Berdosa tau tak dengar orang cakap…”

Berikut adalah video penuh yang dikongsikan oleh pemilik akaun
Twitter Puteriserimawar:

Video pendek yang hanya berdurasi 33 saat itu telah meraih 68
ribu tontonan dan 6,200 retweets.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video
anak kecil beri nasihat ini di ruangan komen seperti berikut:

“Maqah2 pon tetap nampak comel”

“Jangan kedegaq nah”

“Ni lagi garang dari polis ni”

Sumber: Twitter puteriserimawar via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Facebook Comments