Abang Kakak Rider Yang Belum Makan Ambillah, Pelajar Pun” – Belanja 100 Burger, Usaha Murni Insan Ini Dipuji Ramai!

Perkara ini dibuktikan apabila seorang individu menyalurkan bantuan dengan membelanja 100 burger untuk mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Hebahan tentang bantuan itu dibuat menerusi satu posting di Twitternya semalam.

Hi abang kakak adik rider Foodpanda & Grab yang belum makan, kamu boleh pergi ke Tara Burger, Seksyen 13 untuk dapat burger percuma.

“Saya dah order 100 burger so siapa cepat dia dapat. Pelajar pun boleh ambillah satu dua,” katanya.

Menerusi posting tersebut juga dapat dilihat beberapa individu berkongsi gambar makanan yang telah diambil oleh mereka.

Malah, rata-rata netizen memuji usaha berkenaan dan diharapkan lebih ramai yang menyalurkan bantuan.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah:

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah

 

Facebook Comments