[VIDEO]”Saham Akhirat…Moga Jadi Asabab Dia Tarik…”-Linda Rafar Muatnaik Video Throwback, Anak Syurganya Mengaji Di Wad ICU, Sebak Habis!

Pelakon dan penyanyi, Linda Raafar merupakan anggota bekas kumpulan Elite, dan terkenal dengan lagu berjudul “Satu Lagi” yang didedikasikan untuk Allahyarham anak kesayangannya, Rezaimin Keifli atau nama panggilannya dikenali sebagai Memen telah kembali ke rahmahtuallah pada bulan Julai 2014.

Linda, seorang ibu yang gigih kerana mampu mengumpul kekuatan untuk menerima takdir selepas pemergian anaknya itu. Walaupun setelah 4 tahun berlalu. Pernah dia mengeluarkan kenyataan bahawa sukar baginya untuk menerima hakikat anaknya telah tiada.

Baru-baru ini, Linda telah menarik perhatian netizen dengan memuatnaik satu video throwback mengenai kisah arwah anaknya ketika berada di wad icu. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen agak panjang “miss his voice and miss him so much…“.

Malah, Linda turut memberitahu ketika arwah berada dalam wad icu lagi, dia masih boleh solat dan mengaji. Linda juga mengharap agar moga dia dan semua netizen turut mendapat pengakhiran yang baik seperti anak syurganya.

 

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut menzahirkan rasa sedih dan mendoakan agar allahyarham, Memen tenang berada di sana dan menunggu ibunya di depan pintu syurga. Malah, netizen turut mendoakan supaya Linda diberikan kekuatan dan tabah menghadapi segalanya.

You are the best mom to arwah…

Semoga ditempatkan didye kalangan hambanya yang soleh…

Beruntung Linda terpilih menjadi ibu kepada anak syurga…

Perjalanan dan pengakhiran yang sangat didambakan…

Sumber: Linda Raafar via Kisah Dunia

Facebook Comments