[VIDEO]”Nampak Tak Lofa Nak Jaga Air Muka Syafiq Kyle? Behave!-Awal Ashaari, Nabil Dikritik Tapi Neelofa Dipuji!

Baru-baru ini viral dengan video panas yang melibatkan pelakon kacak yang semakin mendapat perhatian orang ramai iaitu Syafiq Kyle. Rata-rata ramai yang sudah tahu siapa nama perempuan di dalam video itu kan?

Mungkin juga ada yang tidak tahu kerana tidak mengikut perkembangan semasa. Sama juga seperti reaksi Ayda Jebat yang memang sangat blur ketika nama Mira disebut.

Semalam seperti biasa rancangan MeleTop bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Ria HD. Antara tetamu undangan yang ditampilkan ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana dan Ayda Jebat.

Tercetusnya nama Mira ini apabila, ketika itu tetamu undangan yang lain bertanyakan pada Nabil mahu pasang berapa orang, Nabil menjawab 1 sahaja cukup kerana isterinya sedang menonton rancangan itu.

Neelofa yang nakal mengusik Nabil lagi dengan menyebut nama Zira supaya kononnya berjaga-jaga dengan Nabil. Tiba-tiba kedengaran suara Awal yang bertanyakan soalan..

“Sejak bila nama tukar Mira?”

Ada individu lain menjelaskan nama isteri Nabil ialah Zira dan bukanlah Mira. Nabil sekali lagi bertanya nama apa yang disebut dan Awal menjawab ‘Zira’.

Neelofa yang semakin peka dengan keadaan itu berkata,

“Aku yang takut kecut kat sini, Jaga mulut sikit boleh tak?”

Scha pula mencelah, bertanya kenapa lelaki lebih hebat? Neelofa tidak senang duduk dan berkata..

“Takut lah nak join conversation ni”

Tidak semena-mena Ayda Jebat memberitahu kalau tadi Awal menyebut nama Mira. Nah, lagi terkejut semua orang dengan Ayda Jebat bila terus cakap nama Mira tanpa rasa apa-apa.

Nampak gayanya Ayda memang tidak tahu menahu tentang hal yang sedang viral buat masa sekarang, Awal dan Nabil tidak keruan mengambil kain dan berkata “censored, censored”.

Awal dan Nabil nampak tidak keruan bila Ayda Jebat sebut nama individu itu, terus Awal lilit kepalanya dengan kain pelikat dan berkata “Neelofa Turban”.

Neelofa nampak cuba untuk ubah topik dan menyatakan Awal sangat cantik, manakala Nabil pula bertanyakan juadah apa yang Awal berbuka tadi.

Respect Neelofa, dia faham isu ni sensitif

Nabil dan Awal perlu minta maaf?

Video penuh ‘Mira ke Zira?’

Sumber: Youtube MeleTop / Kisah Dunia

Facebook Comments