[VIDEO]”Banyak Kali Ulang Tengok! Aduh!”-Perfect Habis! Mira Filzah Miming Lagu ‘Chori Chori Chupke Chupke’ Bikin Netizen Cair Hati!

Pelakon yang terkenal dengan watak sebagai Ilaina dalam drama berjudul “Rahsia Hati Perempuan” sering kali diasak dengan soalan panas mengenai hubungan cintanya bersama dengan pelawak terkenal, Zizan Razak. Malah, baru-baru ini juga Mira Filzah tidak menafikan bahawa dia sangat senang mendekati Zizan Razak.

Menariknya, baru-baru ini Mira Filzah ada memuatnaik satu video miming lagu hindustan yang paling popular suatu ketika dahulu berjudul ” Chori Chori Chupke Chupke”.  Sebut sahaja miming hindustan memang dia lah orangnya. Apa tidaknya, Mira Filzah ni memang kaki hindustani. Kalau bab-bab miming lagu hindustan memang feeling sangat.

Bukan main tersenyum lebar Mira miming lagu dalam video tersebut. Dia telah memuatnaik video tersebut sambil mengajak netizen untuk datang berjumpa dengannya di Mood Republik menerusi kapsyen di Instagram.

Mira Filzah juga antara selebriti yang sangat berpengaruh dalam media sosial. Lihat sahaja jumlah pengikutnya di Instagram kini mencecah 3juta pengikut.

Rata-rata netizen yang menonton video miming Mira Filzah memberikan pelbagai reaksi dan komen memuji Mira Filzah. Ada netizen yang mengatakan Mira sangat cantik walaupun dahinya luas. Ada juga netizen yang kata Mira miming dengan perfect. Namun ada juga netizen yang memberikan komen kurang enak, Mira Filzah bergedik depan camera.

Video :

Banyak kali ulang…

Jatuh cinta…

Alamak cair hati…

Perfect…

Licin betul dahi…

Sayu suara…

Patut Zizan suka…

Mira Filzah gedik…

Sumber: IG Mira Filzah via Kisah Dunia

Facebook Comments