[VIDEO]”Awww! So cute, Geram Tengok Anak Abah Tu..”-Sari Yanti Muatnaik Video Throwback Jep Pujuk Dariya Inara, Lepas Slide Mesti Korang Cair!

Pelakon yang terkenal dengan kemunculan pertamanya dalam drama berjudul “Kisah Kaisara”, Sari Yanti Dato’ Mohd Nazari atau nama komersialnya dikenali sebagai Sari Yanti kini sangat aktif dalam bisnes jualan tudungnya. Dia juga merupakan isteri kepada pelawak, pelakon dan penyampai radio terkenal iaitu Jep Sepahtu.

Baru-baru ini, Sari Yanti ada memuatnaik satu video throwback mengenai Jep di laman media sosial Instagram miliknya. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “Slide untuk senyuman. Ini baru betul…“. Video tersebut merupakan video throwback pasal Jep.Sepahtu sebelum dia berkahwin dengan Sari Yanti.

Lebih menarik lagi apabila slide sebelah merupakan gambar anak Sari Yanti dan Jep sedang tersenyum manis dan comel, Dariya Inara. Menerusi video itu Jep bercakap seorang diri. Namun, Sari Yanti telah membuat slide sebelah gambar Dariya Inara, menjadikan video tersebut nampak betul dan lengkap. Umpamanya Jep dah tak cakap sorang-sorang. Dia bercakap dengan anaknya Dariya Inara.

Rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi positif dan komen di laman Instagram Sari Yanti. Ada netizen yang geram dengan anak pasangan selebriti popular ini kerana terlalu comel. Malah, ada juga yang Jep suami yang sweet. Nampak sangat muka baby Dariya seiras macam muka ibunya kan.

Video throwback Jep Sepahtu dah jadi complete…

So cute, geram…

Copy paste mama…

Cantik mata Dariya…

Suka buat lawak, senyum sampai telinga..

Sumber: Sariyanti via Kisah Dunia

Facebook Comments