[VIDEO] “Ya Allah! Tersedu-Sedu Piyash Nangis Sampai Terbatuk”- Sekali Lagi! Anak Kedua Dato’Fazley Bikin Netizen Sebak!

Dato’Fazley Yaakob merupakan seorang selebriti chef yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan kita. Selain terkenal sebagai chef, disisi keluarga pula beliau seorang yang sangat akrab dengan ketiga-tiga anaknya yang mesra dikenali sebagai Payish, Piyash & Piyush.

Dato Fazley yang telah berkahwin dengan pasangannya, Azrene Soraya ini turut boleh dikatakan seorang bapa yang penyayang dan juga netizen sering memuji beliau seorang yang pandai mendidik anak-anak.

Apatah lagi menerusi video terbaru yang dimuatnaik olehnya membuatkan netizen sebak, terdahulu beliau berkongsi kisah dirinya bersama anak pertama iaitu Payish. Namun kali ini turut membuatkan rata-rata netizen bersedih dengan video tersebut, dimana Piyash atau nama sebenarnya Ahmad Fieradz kelihatan sangat merindukan Dato’Fazley.

Beliau berkata mahu membuat final check sebelum pulang, namun rupa-rupanya Piyash telah tercari-cari dirinya. Oleh kerana pak cik kepada Piyash iaitu Imran Ajamain menyakat anaknya itu, Piyash terus meraung.

Namun apa yang paling sedih apabila Dato’ Fazley menanyakan kepada beliau menangis lalu jawabnya “Cuz I miss you Dida, I don’t want to be far from you…”. Piyash yang merindukan Dato Fazley dan kata-katanya itu telah membuatkan beliau merasa sebak.

Video dimuat naik oleh Dato’Fazley dilaman sosial Instagram…

Bertuahnya anak-anak Dato…

Cukup terkesan…sebaknya melihat kasih sayang ayah dan anak.

 

Sumber: IG Dato Fazley Yaakob via KisahDunia

Facebook Comments