[VIDEO] “RM20 Jom Pi Danok Deep Punya Perli!” – Hampir 130K Tontonan, Parodi MeleTOP Tak Puasa Bikin Penonton Pecah Perut!

Setiap minggu pastinya parodi rancangan hiburan MeleTOP ditunggu ramai peminat.

Seperti sebelum ini, kali ini pihak MeleTOP memilih parodi berkaitan puasa memandangkan kini kita sudah berjaya mengharungi pertengahan Ramadhan.

Tetapi ada juga yang tidak berpuasa dan terang terangan mengaku tidak berpuasa di laman sosial dan di tempat awam.

Jom kami sajikan video berkenaan khas untuk kaki-kaki tak puasa, semoga insaf!

Parodi MeleTOP yang dilakonkan oleh pelawak Jihan Muse, Syuk dan Bell Ngasri ini ditonton hampir 130K tontonan di laman Youtube.

Menariknya selain unsur sindiran dan lawak, parodi kali ini turut menonjolkan nasihat-nasihat yang berguna kepada penontonnya.

Rata-rata terhibur dengan lakonan berkenaan, malah ada yang ketawa mendengarkan sindiran nasihat yang keluar daripada mulut mereka bertiga.

Sumber Youtube MeleTOP

Facebook Comments