[VIDEO] ‘Kan Dah Sebut Tadi Tu!’ – Lawak Habis Bila Nabil Dengan Syed Saddiq Berdebat, Neelofa Pulak Kena Usik!

Wah nampaknya meriah rancangan hiburan MeleTOP semalam apabila pihak produksi menjemput dua tokoh terkenal ke rancangan berkenaan. Selain Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, Syeq Saddiq juga turut dilaporkan hadir ke rancangan berkenaan pada malam tadi.

Menariknya, Nabil dalam satu babak rancangan berkenaan sempat mencabar Syed Saddiq untuk berdebat mengenai topik ‘wanita pilihan ibu’ atau ‘wanita pilihan sendiri’.

Syed Saddiq yang merupakan bekas pemenang Asia’s Best Speaker Award beberapa tahun yang lalu pastinya memberikan jawapan yang baik ketika mengulas mengenai wanita pilihan ibu.

Menariknya selepas sesi ‘perdebatan’ selesai, Neelofa menanyakan ciri-ciri wanita pilihan Syed Saddiq.

Namun lain jadinya apabila Nabil mengusik Neelofa dan mendakwa ciri-ciri berkenaan telah disebut Syeq sebelum ini.

Terdahulu Nabil pernah menanyakan lima sebab mengapa Syed Saddiq mengikuti Neelofa di Instagram dan lelaki berusia 26 tahun itu memberikan beberapa sebab  seperti suka wanita berkerjaya, sangat bijak dan berpendidikan, berjaya mengangkat nama Malaysia di mata dunia dan merupakan inspirasi kepada orang ramai di luar sana.

Video berkenaan yang dimuat naik kelmarin berjaya meraih hampir 150K tontonan di laman Youtube.

VIDEO :

Sumber : KisahDunia Via Soya Lemon

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

 

Facebook Comments