[VIDEO] “Hadoi Kelakar Betul Akak Ni, Sound Direct Je Kata Propa…”- Telatah Shiera Bila Sambut Birthday Sakinah Bikin Netizen Terhibur!

Tentu sahaja ramai yang mengenali dengan tiga beradik selebriti ini malah boleh dikatakan rupa mereka yang seiras, namun bagaimanapula dengan perangai mereka bukan?

Jika dilihat melalui perkongsian di laman sosial Instagram milik Sharifah Shahira mereka bertiga dilihat berperangai gila-gila dan kelakar bersama, Shahirah Sakinah dan kakaknya Sharifah Haslinda.

Sakinah sememangnya pelakon yang sentiasa mencuit hati netizen dengan telatahnya yang sempoi apabila berlakon apatah lagi dalam drama ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ yang diterima ramai.

Menerusi video yang dikongsi itu adalah sempena menyambut ulangtahun Sakinah yang meriah apabila mendengar karenah tiga beradik ini. Masing-masing dilihat mempunyai perangai yang sama dan percakapan mereka juga membuatkan netizen ketawa.

 

Jika dilihat Sakinah seorang yang menjaga tubuh badannya dan sering mengamalkan gaya hidup sihat, lihat sahaja tubuhnya yang langsing. Namun apa yang menjadi kelakar dan tarik perhatian apabila Sakinah menerusi video sedang makan nasi dan Shiera mengusiknya dalam Instagram dilihat hanya makan salad tetapi ketika itu berbeza dari kebiasaan.

Hahaha Sakinah kena bahan…

Happy family

Suka tengok adik beradik…

Hadoi kelakar betul la akak ni…

Video yang dimuat naik Shiera…

Hari ni i mengacara this event Happy birthday @sharifah_sakinah #gemini

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Manakala Sakinah juga turut memuat naik video sambutan hari jadi di laman sosial Instagram miliknya.

Elok lah surprise masa makan nasi 😎

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: IG Sharifah Shahira /Kisah Dunia

Facebook Comments