Detik Tidak Ternilai: Menang Emas, Pemain Ragbi Malaysia Naik ke Tempat Penonton Peluk Ibu, Ayah

Bagi sesetengah orang, bermain dalam temasya sukan membawa erti yang lebih jauh dari beradu tenaga semata-mata.

Itulah yang disaksikan oleh para penonton dalam sukan Ragbi 7s Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 apabila pemain negara bernombor jersi 10 naik ke tempat penonton dan memeluk ibu dan ayahnya selepas menang menentang Singapura sebentar tadi.

Malaysia menang 22-7 dalam acara itu sekaligus menambah pungutan emas negara.

Seorang netizen mengakui merasa sebak apabila menyaksikan pemain rugbi tersebut datang untuk memeluk ibu dan ayahnya lalu memuat naik video berkenaan ke media sosial.

Sebak weh. Player (no 10) datang ke tempat fans peluk mak ayah dia!!” tulis pengguna Twitter, Faiz.

Pelukan pemain bernama Azwan Zuwairi itu disambut dengan tepukan gemuruh dari penonton.

Di akhir video itu, pemain berkenaan juga memakaikan bendera Malaysia di leher ibunya.

Syabas pasukan ragbi Malaysia. Anda semua kebanggaan Malaysia!

Sumber : siakapkeli.my

Facebook Comments