[VIDEO] Comel! ‘Alala Geram Tengokk, Mana Satu Aidil, Mana Satu Zaquan Huhu’-Gelagat Anak Ayu Raudhah Konfius Nak Pilih Ayahnya!

Satu ketika dahulu kecoh dengan dua kembar yang seiras iaitu Aidil Zafuan dan Zaquan Adha yang juga merupakan pemain bola sepak Malaysia. Ramai yang susah untuk membezakan wajah kembar ini kerana muka mereka memang hampir sama. Nasib tak tertukar suami kan? Hehe..

Zaquan Adha atau nama penuhnya Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin dengan pelakon, Ayu Raudhah pada tahun 2011 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Manakala, Aidil Zafuan atau nama penuhnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berkahwin dengan pelakon, Rita Rudaini dan hasil perkahwinan mereka mengurniakan 2 orang anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sayngnya perkahwinan Aidil dan Rita tidak berpanjangan apabila mereka berpisah pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula Aidil bertemu pengganti dan berkahwin dengan Zarema Zainal.

Menerusi sebuah video, terlihat Zaquan yang sedang mendukung anaknya yang paling kecil tiba-tiba didatangi Zafuan yang mahu mendukungnya namun si kecil itu tidak mahu. Lalu, Zafuan mengambilnya pula dan si kecil melihat ayahnya. Zaquan berada di depannya pula.

Nampak konfius disitu ya

Zaquan cuba untuk menguatkan lagi penyamaran Aidil sebagai bapanya dengan meletakkan songkok yang dipakainya ke atas kepala Aidil, haa jom kita tengok boleh tak dia kenal bapanya?

Selepas meletakkan songkok, Zaquan cuba menadah tangannya untuk mengambil anaknya, setelah beberapa saat Laura melihat kedua-dua muka akhirnya dia mengambil keputusan. Siapa yang dipilih Laura agaknya?

Akhirnya dia memegang tangan ayahnya, Zaquan! Semestinya, kalau sudah namanya bapa itu memang tidak boleh dipisahkan. Menurut netizen, budak kecil memang kenal dengan ayah mereka melalui bau badan dan cara dukung.

Tak kurang juga ada yang merasa keliru dengan wajah Zafuan dan Zaquan. Hahaha bukan netizen saja, min pun konfius ni. Apa-apa pun kasih ayah itu sepanjang masa.

Konfius ke tu ayah yang mana?

Sumber: Youtube Asal Artis via Kisah Dunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Facebook Comments