[VIDEO] “Comei 1000X…Geramnya Montel Ni!!!”- Lebih 600K Tontonan, Lara ‘Mermaid’ Tarik Perhatian Netizen!

Sebut sahaja nama pasangan selebriti terkenal ini, Awal Ashaari dan Scha Alyahya pasti ramai yang mengenali dengan selebriti cilik Lara Alana yang mempunyai pengikut dilaman  sosial Instagram milik Lara seramai 2.3 juta.

Mempunyai populariti tersendiri, Lara merupakan salah seorang anak selebriti yang sangat disukai ramai. Manakan tak, lihat sahaja menerusi video Lara berpakaian seperti mermaid membuatkan ramai yang geram melihatnya.

Petah berbicara dalam bahasa Inggeris, Lara juga dipuji kerana sangat pandai walaupun pernah menjadi mangsa kritikan ramai namun kini Lara menjadi kanak-kanak terkenal dalam dunia hiburan yang membuatkan ramai netizen suka mengikuti perkembangannya.

Menerusi video terbaru, Lara kelihatan sangat comel memakai baju mermaid yang sedang mandi dalam kolam sambil berbicara dengan Awal. Lucunya pula, Lara tidak berhenti berbicara malah kata-katanya juga sangat lucu. Video berkenaan mendapat lebih 600k tontonan dan rata-rata netizen memuji Lara yang sangat pandai.

Bossy mermaid…

 

Bossy Mermaid. #kisahlaradandaddy

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Ramai yang merasa geram melihat Lara dalam video tersebut, apatah lagi Lara tidak berhenti bercakap sehingga menarik perhatian netizen untuk melihatnya.

Geramnya…Lara ni petah cakap…

Hahaha…where is the top Lala?…rajin daddy layan si Lara…

So cute and sweet…

Sumber: IG Lara Alana via Kisah Dunia

Facebook Comments