[VIDEO] “Cik B Kena Paksa Menari. Mesti Dia Tengah Sabar Je Tu…”- Riak Wajah Sedih & Tertunduk Malu, Netizen Simpati!

Pasti ramai yang sudah mendengar lagu raya Datuk Seri Vida. Walaupun suaranya sentiasa dipertikai oleh netizen, namun nyanyiannya pasti mencuri perhatian ramai dan trending di media sosial sejak dari pelancaran Lavida Raya pada 1 Jun lalu.

Namun, disebalik kehangatan dan kejayaan lagu raya Datuk Vida pasti ada saja cerita tidak sedap yang muncul. Kali ini, Cik B pula yang menjadi sasaran kecaman beserta simpati kerana kelihatan Cik B agak terbeban dengan publisiti yang dicipta oleh ibunya sendiri.

Baru-baru ini, Datuk Vida sibuk menguruskan perniagaannya di salah sebuah festival di PWTC. Apa yang menarik perhatian netizen di luar sana ialah riak wajah dan perlakuan Cik B seumpama terpaksa dan hanya tertunduk malu semasa di atas pentas.

Cik B kena paksa menari?

Video yang telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna di laman sosial Instagram telah mendapat tontonan sebanyak 227 ribu dan ramai netizen yang menulis komen positif mahupun negatif.Ramai netizen di luar sana yang menulis komen simpati dengan keadaan yang dialami oleh Cik B.

Kesian Cik B… Benda macam ni lagi malukan anak.

Mesti dia malu duduk atas pentas tu.

I feel her doo…

Rasa sedih bagi pihak Cik B…

Sumber: IG @amsyar_gram via Kisah Dunia

Facebook Comments