[VIDEO] ‘Berdekah Tengok Berulang Kali! Sampai Perut Membuyung Ni Jadi Cramp! Terkejut Den!’- Lebih 15.7K Tontonan Di Instagram, Kucing Zairul Umbrella Buat Netizen Tergelak

Pastinya umum mengenali Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Husin iaitu pemenang tempat ketiga rancangan Gegar Vaganza 2016 terbitan Astro dan terkenal dengan lagu Ramalanku Benar Belaka bersama kumpulannya Umbrella.

Terdahulu, Zarul Husin telah mengambil bahagian dalam  rancangan Mentor Otai. Bagi yang tidak mengetahui, Zarul Husin membela seekor kucing yang diberi nama Louis Britshort bermata oren dan comel. Kucing peliharaannya juga memiliki akaun di laman Instagram iaitu @louis_britshort.

Beberapa hari yang lalu, Zarul telah memuat naik video yang telah mencuit hati netizen iaitu video beliau sedang bernyanyi. Namun beberapa saat kemudian Zarul di sergah oleh kucing peliharaannya. Paling melucukan ialah kapsyen yang telah ditulis di Instagram Louis Britshort.

Saya dah ckp saya lapar nk makan tp dia @zarulumbrella buat tak derrg je.. haaa kan dah kena sergah.

Louis Britshort dengan tiba-tiba sergah Zarul

Video yang telah mendapat 15.7k tontonan itu telah menghiburkan ramai netizen diluar sana. Apatah lagi kemunculan kucing secara mengejut telah membuat netizen tidak kering gusi.

Terkejut dengan kelakuan kucing tersebut. Pelbagai komen yang ditulis oleh netizen dan hampir keseluruhannya terhibur dengan video tersebut yang sangat kelakar.

Berdekah tengok berulang kali… tekan punya ganas…

Terkejut oiii… 

OMG I repeat 199x

Nakal la kucing dia tu

Tekojot acikkk…

Your cat need attention…

Perosak lagu… Kucing tu nak main piano gak ke?

Disamping itu, Zarul Umbrella pernah diberi gelaran ‘The Singing Blogger’ pada suatu ketika dahulu, pernah memenangi Favourite Celebrity Blog 2013 anjuran Malaysia Social Media Week.

Sumber: IG@zarulumbrella

Via Kisah Dunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

 

Facebook Comments