Turunkan Darah Tinggi Dengan Kelapa Muda, Halba & Serai

Hanya disebabkan gaya pemakanan yang tidak dijaga, sesiapa saja boleh ‘terseret’ dengan penyakit DARAH TINGGI. Ada sesetengah orang, berdepan masalah ini dalam usia yang sangat muda. Sama ada anda menyedari kehadiran penyakit ini atau tidak itu bergantung kepada pemeriksaan tahunan yang sepatutnya anda lakukan.

Ramai yang mengetahui tentang penyakit ini apabila ianya sudah berada dalam fasa yang teruk mungkin disebabkan oleh pembuluh darah tersumbat kerana kolesterol. Tidak semestinya anda kurus anda sihat kerana penyakit darah tinggi ini juga boleh berlaku pada mereka yang stress dalam pekerjaan atau kehidupan seharian.

Mungkin anda sudah berusaha dengan merawat penyakit ini pergi ke klinik dan mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor tetapi pada masa yang sama anda juga boleh mengamalkan petua tradisional untuk mendapatkan kesan postif menstabilkan kadar bacaan darah.

Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mencuba petua ini kerana tidak semua petua sesuai dengan kesihatan semasa seseorang dikhuatiri anda mempunyai penyakit lain:

Bagi yang baru disahkan menghidap penyakit ini apa kata anda cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Ummi Hias ini:

Bahan-bahannya:

  • Sebiji kelapa muda yang masih berisi lembut.
  • 3 batang serai
  • 7 biji halba

Cara caranya:

  1. Halba dan serai dititik atau diketuk sikit. Pastu masukkan dalam buah kelapa.
  2. Letak atas dapur buah kelapa tadi.
  3. Masak kelapa tu agak agak airnya panas. Pastu angkat dan tuang dalam cawan atau bekas.
  4. Biarkn suam sikit baru minum.

CARA TRADISIONAL LAIN:

1. Makan Cincau
Cara makan ialah setiap dua hari sekali anda boleh makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari. Kalau nak lebih mudah, kisar semua cincau dan minum macam biasa. Nak mudah, beli di pasaraya yang cincau bentuk packing silinder, jadi setiap hari anda boleh makan satu.

2. Bawang Putih
Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.

Jangan risau, anda pasti dapat keputusan yang sangat memuaskan jika selalu amalkan. Semoga bermanfaat!

Sumber : Petua Ibu

Facebook Comments