Tular Rakaman Jemaah Berlumba Kejar Saf Paling Depan. Ini Komen Netizen Yang Mencuit Hati

Selain ganjaran lebih besar barisan dalam solat bukti ummah bersatu

Kelebihan berada di saf hadapan ketika mengerjakan solat berjemaah perlu dihebahkan supaya jemaah berebut untuk berdiri di barisan paling dekat dengan imam. Apa yang diperhatikan, makmum tidak mengambil berat mengenai kedudukan mereka dalam solat.

Sedangkan, berada di saf hadapan mempunyai fadilat tersendiri dan ini yang perlu direbut oleh jemaah yang bukan saja ingin keredaan serta pahala daripada solat dilaksanakan tetapi juga markah bonus kerana datang awal untuk berada di barisan depan.

Sementara itu baru-baru ini tular sebuah video di mana jemaah berlari-lari memasuki masjid. Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh sebuah akaun yang berkongsi video ini, jemaah berlari kerana berebut saf paling depan. Difahamkan juga video tersebut dirakam di masjid di Arab.

Allahu, jika benar bagai dikata, kita sebagai orang Islam di Malaysia sepatutnya berasa cemburu dengan sikap jemaah mereka. Sebagaimana komen netizen yang kebanyakan berkata orang Islam di Malaysia pula sibuk berebut beli tiket bola.

Jika ada yang datang awal pun, berebut mencari tiang sebab nak bersandar. Ada yang bersebut cari port depan aircond.

Lihat video di bawah

Sementara itu rata-rata netizen memuji kesungguhan jemaah ini sampai berlumba lari sebab nak kejar saf paling depan. Ramai juga yang membandingkannya dengan sikap orang Islam atau jemaah di Malaysia.

” Meanwhile in malaysia, laki pompuan berebut tiket final bola l*ncau. Kalau kat malaysia, org suruh duduk saf depan dia tak nak..”

” Masa sekolah rendah aq selalu berebut ngan member nak saf depan kekadang berebut nak jadi imam pastu kalau x dpat terus xnak solat..”

” Kang ade lah org duk kata, “knapa diorang rakam, knapa diorang xkjar sma?”… ye lah, klau deme xrakam, kau akn tau ke psal bnde ni.. ska sngat cari kburukan.. smpai kbaikan xnmpak..”

” Dekat malaysia niat laju nak ambil depan kipas, bawah kipas, dekat pintuu. hm..cemburunya semoga kita semua dalam lindungan Allah swt, semoga kita sentiasa dekat bersamanya amin..”

” Kat mlaysia semua nak yg ada tiang biar boleh sandar..”

” Wlaupon nmpak mcm kebudak2kan brlari2 dlm masjid…”Kebudak2kan” itu lah yg mnmbahkn lagy rasa ingin mndekatkn dri kpd Allah swt dlm dri mereka…subhanallah..”

” Bila kau dah nampak imam duduk tahyat akhir be like..”

Lawak pun ada bila baca komen netizen ni. Memang video itu belum sahih jemaah berlari sebab kejar saf paling depan. Tapi boleh aje kita ambil yang positif darinya.

Lagipun sikap tidak mahu memenuhkan ruang kosong di saf depan dan berkeras untuk duduk di belakang akan menimbulkan masalah kepada jemaah lain. Mungkin ada yang ingin ke depan tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mahu berjalan di depan saudara yang sedang bersolat sunat.

Akibatnya, hasrat ke depan tergendala kerana terpaksa menunggu sahabat tadi selesai solat sementara mereka di luar tidak dapat masuk kerana bahagian belakang sudah penuh walaupun saf depan masih banyak kosong.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : kini.viral via newscoviral

Facebook Comments