TERKINI !!! Anwar Bebas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menurut Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, dalam satu kenyataan, berkata Anwar diberikan pembebasan serta merta.

“Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitah perkenan bahawa rayuan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta…,” katanya.

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – Foto Twitter BERNAMA

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Sumber

 

Facebook Comments