“Terernya Anak Nabil Cakap Cina”-Bijak! Anak Nabil, Mikayla Pandai Bertutur Bahasa Cina, Nampak Mahir Habis!

Kalau sudah menjadi selebriti pasti ramai yang memberi perhatian, apatah lagi menjadi anak selebriti pasti ramai yang menantikan kecilikan setiap anak selebriti. Pasangan selebriti popular Nabil Ahmad dan Nazira Ayub atau lebih mesra dengan panggilan Nabil dan Zira sering juga menjadi bualan orang ramai.

Dikurniakan dua orang anak iaitu Naira Mikayla, 6 dan Leyla Medyna, 3 tahun. Apa yang menarik perhatian netizen adalah ketika anak sulung pasangan ini membuat video dan bertutur dalam bahasa Cina. Wah tak sangka pandai juga berbahasa Cina.

Waddup

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Nayra Mikayla yang sedang menunjukkan cara pakai bengkung kononnya sedang mempromosikan bengkung itu namun nampak fasih sangat si kecil ini berbahasa Cina. Tiada kedengaran bunyi pelik di setiap sebutannya itu.

Bagus sales girl ni. I nak beli 10 Bengkung tu tp btl ke x demo dia ni?? 😅

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan kelincahan Mikayla yang sedang menunjukkan demo memakai bengkung dengan cara yang betul, tetapi di kapsyen Zira sendiri tidak yakin sama ada betul atau tidak cara pemakaiannya.

Kebanyakan netizen terpaku dengan gaya dan intonasi Mikayla berbahasa Cina walaupun dia baru berusia 6 tahun.

Pandainya cakap cina

So cute and funny

Senang nanti dah besar cari kerja, pandai cakap cina

Sumber: Oh My Media via Kisah Dunia

Facebook Comments