Teman2, inilah rumah milik manusia paling MULIA di sisi ALLAH…

Tak perlu malu kerana miskin, rumah manusia paling mulia pun seperti ini.

Perabot Rumah dan Kesederhanaan Rasulullah ﷺ

Di sebelah timur masjid Nabawi Madinah, tampak sebuah bangunan yang akan membuat kita takjub, terpesona karena kesederhanaannya. Itulah tempat tinggal Rasul Agung Muhammad  ﷺ . Rumah itu sangat kecil dengan hamparan tikar usang dan nyaris tanpa perabot.

Zaid bin Tsabit bertutur, “Anas bin Malik pelayan Rasulullah ﷺ pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah  ﷺ  yang terbuat dari kayu yang keras dan di patri dengan besi. Kemudian Anas berkata kepadaku, ‘Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah  ﷺ . Dengan gelas kayu inilah Rasulullah  ﷺ  minum air, perasan kurma, madu dan susu.” (HR Tirmidzi).

Benda lain yang dimiliki Rasulullah  ﷺ  adalah baju besi yang biasa dipakai saat berperang. Tetapi tak lama setelah beliau wafat baju besi itu digadaikan kepada seorang Yahudi dengan beberapa karung gandum, seperti yang pernah diriwayatkan Saidatina Aisyah RA.

Soal tempat tidur Rasulullah  ﷺ , Ummul Mu’minin, Aisyah RA menggambarkan bahawa suaminya itu tidak tidur di tempat yang mewah. “Sesungguhnya hamparan tempat tidur Rasulullah  ﷺ  terdiri atas kulit binatang, sedang isinya adalah sabut kurma.” (HR At-Tirmidzi)

Hafshah saat ditanya, “Apa yang menjadi tempat tidur Rasulullah  ﷺ ?” Ia menjawab, “Kain dari bulu yang kami lipat dua. Di atas itulah Rasulullah  ﷺ  tidur. Pernah suatu malam aku berkata (dalam hati): sekiranya kain itu aku lipat menjadi empat lapis, tentu akan lebih empuk baginya. Maka kain itu kulipat empat lapis.”

Manakala waktu subuh, cerita Hafsah, Rasulullah  ﷺ  mengatakan, “Apa yang engkau hamparkan sebagai tempat tidurku semalam?” Aku menjawab, itu adalah alas tidur yang biasanya Nabi  ﷺ  pakai, hanya saja aku lipat empat. Aku kira akan lebih empuk.” Rasulullah  ﷺ  membalas, “Kembalikan kepada asalnya! Sungguh, disebabkan empuknya, aku terhalang dari solat di malam hari.” (HR At-Tirmidzi).

Cerita tentang tempat tidur Rasulullah  ﷺ  juga pernah menyebabkan Umar bin Khatab menangis. Padahal, Umar bin Khatab terkenal sebagai pemuda yang gagah perkasa sehingga disegani banyak orang baik dari kalangan lawan maupun kawan.

Bahkan, dalam satu riwayat, Nabi   ﷺ menyebutkan kalau sya1tan pun takut dengan Umar. Kalau Umar sedang lewat di suatu jalan, sya1tan pun menghindar dari jalan yang dilaluinya dan memilih lewat jalan yang lain.

Terlepas dari kebenaran riwayat terakhir ini, yang jelas keperkasaan Umar sudah menjadi buah bibir di kalangan umat Islam. Karena itu, fenomena Umar menang1s menjadi peristiwa yang sangat menghairankan.

Mengapa “Singa Padang Pasir” ini sampai menang1s? Umar pernah meminta izin menemui Rasulullah ﷺ . Umar mendapati Rasulullah  ﷺ  sedang berbaring di atas tikar yang sangat kasar. Sebahagian tubuh beliau berada di atas tanah. Baginda  ﷺ  hanya berbantalkan pelepah kurma yang keras.

“Aku ucapkan salam kepadanya dan duduk di dekatnya. Aku tidak sanggup menahan tang1sku,” ujar Umar bin Khattab

Rasulullah  ﷺ  yang mulia pun sampai bertanya kepada Umar, “Mengapa Engkau menang1s, wahai Umar?”

“Bagaimana aku tidak menang1s, wahai Rasulullah  ﷺ . Tikar ini telah menimbulkan bekas pada tubuh engkau, padahal Engkau ini Nabi Allah dan kekasih-Nya. Kekayaanmu hanya yang aku lihat sekarang ini. Sedangkan Kisra dan Kaisar duduk di singgasana emas dan berbantalkan sutera”.

Lalu Nabi  ﷺ  berkata, “Mereka telah menyegerakan kesenangannya sekarang juga; sebuah kesenangan yang akan cepat berakhir. Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita untuk hari akhir.

Perumpamaan hubunganku dengan dunia seperti orang yang bepergian pada musim panas. Ia berlindung sejenak di bawah pohon, kemudian berangkat dan meninggalkannya,” ujar Rasul  ﷺ

Baginda Nabi Muhammad  ﷺ . hidup dengan sangat zuhud. Seperti dituturkan oleh Aisyah, betapa Rasulullah  ﷺ  hanya mempunyai dua baju, tidur di atas daun pelepah kurma, perutnya selalu lapar, bahkan pernah diganjal dengan batu, dan sangat sedikit tidur.

Rasulullah  ﷺ  juga mengerjakan sendiri pekerjaan rumahnya, menambal baju sendiri, dan memerah kambingnya sendiri. Seperti itulah pekerjaan keseharian Rasululah  ﷺ, selalu memenuhi keperluan peribadinya secara mandiri, tanpa membebani keluarga atau orang lain.

Jika beliau mahu tentulah sangat mudah menberikan pekerjaan itu kepada orang lain, kerana beliau adalah ketua rumah tangga sekaligus kepala negeri Arab pada saat itu.

Walau sesibuk manapun Baginda ﷺ, ketika Bilal sudah mengumandangkan azan, Baginda ﷺ bergegas ke masjid dan menjadi imam. Selama hidupnya belum pernah Baginda ﷺ meninggalkan jamaah di masjid kecuali hari di mana Baginda ﷺ dipanggil menghadap Allah SWT kerana sakit.

Bandingkan dengan umat sekarang. Bajunya paling sedikit dua almari dengan berbagai jenama dan model. Begnya bertompok-tompok. Kasutnya bersusun-susun, semuanya branded. Tidurnya di atas tilam  yang import harganya ribuan ringgit. Bagaimana mahu melaksanakan solat malam?

Umat sekarang jauh dibandingkan dengan Nabi Muhammad  ﷺ . Perutnya buncit-buncit. segala jenis makanan dimasukkan ke dalam perutnya. Halal dan haram menjadi satu.

Rumah Rasulullah  ﷺ  tampak begitu sederhana, tetapi mengapa kita malah ingin memiliki rumah mewah dan harta yang berlimpah ruah untuk berfoya foya?

Sungguh indah nian perumpamaan Nabi  ﷺ  akan hubungan beliau dengan dunia ini. Dunia ini hanyalah tempat perhentian sementara, hanyalah tempat berteduh sejenak, untuk kemudian kita meneruskan perjalanan yang sebenarnya.

Semoga ini mampu menjadi cerminan dan muhasabah buat kita semua.

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala alihi wasohbihi wasallim.

sumber; Nin Media Islamic  Via islamikmedia

Facebook Comments