“Takkan Kena Bagi RM20,000 pula” – Pemberi Maklumat Tuduh Aliff Syukri Mungkir Janji, Tak Beri Ganjaran

Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri didakwa mungkir janji dalam tawarannya sebelum ini kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubungan kecurian melibatkan bekas pekerjanya.
Namun, memetik laporan Mstar Online, Aliff menegaskan tiada isu mungkir janji kerana beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman video dan resit pemberian wang tunai kepada pihak yang telah menghubunginya sebelum ini.
Untuk rekod, dua bekas pekerja Aliff Syukri ditahan oleh pihak polis pada 22 Januari lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada orang awam.
“Saya ada empat orang gaji, dua sudah diberkas sebelum ini dan dua yang lain pula berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
“Duit ganjaran itu saya nak bagi pada waktu pertama kali bekas pekerja saya ditahan,” katanya.
“Takkan ada empat orang gaji, saya kena bagi RM20,000 (RM5,000 seorang) pula. Saya bagi kepada individu yang terawal itu sahaja, tetapi pemberi maklumat yang terbaru ini mengugut untuk ‘viral’,” ujarnya.
Pun begitu, usahawan tersebut mendakwa sudah menawarkan wang saguhati kepada lelaki tersebut, namun ditolak kerana dia bertegas mahu dibayar jumlah sama dengan nilai tawaran awal yang dibuat Aliff Syukri.
Terdahulu, mStar Online pada Sabtu melaporkan, hasrat seorang lelaki untuk membantu seorang usahawan kosmetik menjejaki bekas pekerjanya yang dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas bagaikan tidak dihargai apabila ahli perniagaan itu didakwa mungkir janji.
Lelaki dari Klang, Selangor yang ingin dikenali sebagai Abu itu meluahkan rasa kecewa dan marah kepada jutawan berstatus Datuk kerana bertukar fikiran sebaik sahaja kedua-dua suspek berjaya ditahan pihak polis hasil maklumatnya.
Sumber: CARI forum

Via Sehinggit

Facebook Comments