“SENAK PERUT TAHAN GELAK!…” – ISTERI BUAT ‘LAGI SYANTIK’, NETIZEN KESIAN ACHEY ‘DIBULI’

Nama pelawak dan penyanyi Achey Bocey hangat diperkatakan apabila menghadiahkan kereta mewah sempena ulang tahun ke-28 isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Anne pada 21 April lalu.

Sering merakam video kelakar dan ‘sweet’ bersama isterinya, mereka kelihatan cukup bahagia dalam menjalani kehidupan berumah tangga sejak tujuh tahun lalu.

Terbaru, penyanyi lagu Yang Terindah itu telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya yang kelihatan ‘stress’ ketika menghadap kesesakan lalu lintas.

Jangan yek yek!! @anne_achey … aku tgh panas!!…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on May 15, 2018 at 8:28am PDT

Menerusi video berdurasi seminit itu, isterinya cuba mengusik manja dengan menyanyi lagu yang semakin tular di internet iaitu Lagi Syantik nyanyian penyanyi dari seberang, Siti Badariah.

Usikan Anne yang cuba menceriakan suaminya itu mengundang geli hati para pengikutnya yang rata-rata menyifatkan pasangan tersebut sangat ‘sweet’ dan comel!

Seronok tengok couple ni…

Sweet tau korang ni…

Memang terhibur lah!

Kepala masuk air!

Semoga berbahagia!

Lawak & sweet!

Achey dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu. Namun sehingga hari ini, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber : Achey Bocey

Facebook Comments