Saya Pun Rasa Buuruk Saja Gatai Nak Try Izara Mintak Ntizen Sabar Kerna Kesan Sunt!kan Hampir Surut

Melayang kan status di laman Twitter mengenai keadaan bibirnya ketika ini, Izara Aishah mengakui sedar mengenai bibir tebalnya itu seringkali mendapat perhatian.

Barangkali selalu mendengar kritikan mengatakan bibirnya besar, kata isteri kepada Adib ini lagi dia akur dengan penampilan sendiri yang disifatkan sebagai ‘buruk’.

Bagaimanapun, dia meminta netizen bersabar kerana kesan suntikan yang dibuat pada bahagian berkenaan sudah hampir surut.

“AkusorangJeKeRasaBibirIzaraBesar akuSorangJekeRasaBibirIzaraBuruk .. heheheh. Bibir buat kak, saya pun rasa buruk.“Nak Habis dah pon , dah surut dah alhamdulillah 😂😂😂💋 saja gatai nak try.”

 

Pada masa sama, ramai juga yang mempersoalkan tindakan pelakon Jodoh-Jodoh Annisa ini yang dilihat kurang tepat kerana wanita ini sudah cukup sempurna ciptaannya.

Pelakon ini membalas dengan komen “ye mak, saya tak buat lagi.”

Tiada lagi rahsia, Izara Aishah Mengaku Suntik Bibir Untuk Lebih Mungil

Sebagai seorang selebriti, pastinya mereka harus menjaga penampilan. Kena nampak cantik dan bergaya memikat hati ramai.

Buat pelakon Izara Aishah beliau tidak mahu berpura-pura dan mengakui beliau melakukan suntikan pada bibirnya supaya lebih seksi dan mungil.

Izara begitu terbuka untuk berkongsi mengenai kaedah itu bersama peminatnya di Twitter. Bagaimanapun, suntikan itu bersifat sementara sahaja.

Pengakuan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang menyokong Izara kerana berterus-terang dan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Kata mereka, Izara tidak perlu apa-apa rawatan kecantikan kerana beliau sudah cantik semulajadi.

Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata..

Izara Aishah akui sudah bersedia timang cahaya mata, tapi ...

PELAKON Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin November tahun lalu.

Namun, Adib memberitahu mereka masih melalui fasa berbulan madu untuk hidup berdua.

“InsyaAllah kami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa. Tapi saya rasa kami masih dalam fasa bulan madu, mungkin mahu berdua dahulu untuk beberapa tahun.

“Bagaimanapun kami tidak tolak jika rezeki anak datang awal,” katanya nya

Pun begitu, Izara berkata dia tidak tertekan dengan soalaan mengenai cahaya mata kerana mengganggap ia biasa.

“Kami sering mendapat soalan mengenai anak sejak sudah berkahwin ini.

“Bagi saya biasalah orang hendak memulakan perbualan untuk berborak.

“Saya tidak tertekan kerana dulu bila belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Kini sudah kahwin soalan anak pula timbul,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2 tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

 

Sumber:Twitter Izara Aishah / Astro Awani / Kaki Copy

Facebook Comments