Rosmah Mungkin Disiasat Beg Tangan Dirampas

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan siasatan yang dijalankan termasuk ke atas isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri berkata, polis diminta untuk menyiasat semua kes jenayah termasuk berkaitan 1MDB tanpa mengira status individu terbabit.

“Terpulang kepada mereka yang terlibat dengan siasatan. Siasatan ini melibatkan beberapa institusi kerajaan dan kementerian.

“…Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Ketua Audit Negara dan badan-badan lain yang mempunyai maklumat,” beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pihak polis mengambil beberapa beg tangan mewah yang dipercayai milik Rosmah.

Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat tentang serbuan ke kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilakukan pada waktu malam.

Beliau berkata, serbuan yang dilakukan pihak polis pada Rabu malam itu adalah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan.

“Saya tidak dapat maklumat, ini polis punya kerja dan mereka mempunyai alasan yang cukup untuk buat serbuan.

“Polis hanya ikut SOP, saya tidak tahu mereka nak ‘raid’ pada waktu malam. Tapi arahan saya jelas iaitu tiada ‘torture’ (seksaan),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor pada Khamis.

Pada pukul 4 pagi Khamis, peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu media telah menemui pihak media bagi memaklumkan mengenai serbuan itu.

“Tiada dokumen diambil, hanya barangan peribadi sahaja termasuk beg tangan,” kata Harpal yang percaya ia mungkin berkaitan Akta Penggubahan Wang Haram.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihak polis menggeladah lima premis yang dimiliki dan dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Dipercayai tindakan polis menggeledah itu melibatkan rumah Najib di Taman Duta, Sri Perdana serta dua lokasi di Pavillion KL dan Pejabat Perdana Menteri.

Sumber : kasutpuma

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

 

 

Facebook Comments