Remaja merana jari ‘tersepit’ cincin

BACHOK 10 JUNE 2017. ( KB709V ) Anggota Bomba mengeluarkan cincin dengan memotong menggunakan peralatan khas Mangsa seorang remaja lelaki Muhammad Fadhlin Jailani, 16, berasal dari Kampung Jelawat. NSTP/IHSAN BOMBA

Bachok: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas cincin di jari telunjuk kiri tidak dapat dikeluarkan di Kampung Chap, Jelawat di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang dihantar ke Klinik Kesihatan Bachok terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan cincin itu.

Difahamkan cincin berkenaan tersangkut selepas jari mangsa membengkak digigit serangga.

Ketua Operasi Mohd Rozi Ismail dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Bachok pada jam 9 malam.

Katanya, dia bersama enam anggota kemudian bergegas ke klinik berkenaan.

“Sebaik tiba, kita dapati cincin masih tersangkut di jarinya. Ketika itu mangsa masih dalam keadaan sedar dan sudah menerima suntikan bius.

“Kita mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan cincin berkenaan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada klinik untuk rawatan lanjut.

 

Sumber : Harian Metro

Facebook Comments