PANAS! Kamal Muatnaik Gambar Bersama Zahirah – Ini Jawab Emma Maembong

KUALA LUMPUR: Pelakon, Emma Maembong, memilih untuk mengunci mulut, sebaliknya meminta persoalan mengenai status perhubungan mereka diajukan kepada Kamal Adli dan Zahirah Macwilson.

Emma atau pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Embong, 25, berkata beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya bersama pelakon lelaki itu buat masa ini.

“Maaf, buat masa ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah,” katanya apabila diminta untuk mengulas mengenai gambar terbaru yang dimuat naik oleh kekasihnya, semalam.

Menerusi perkongsian berkenaan, Kamal meminta semua pihak mendoakan perkara yang baik saja buat mereka.

Status berkenaan tentu saja menimbulkan tanda-tanya berkaitan perhubungan mereka yang terjalin sejak kira-kira tiga tahun lalu.

EMMA memilih untuk mengunci mulut berhubung status hubungan dengan Kamal.

Jawapan Emma turut menambahkan lagi teka-teki mengenai hubungan cintanya bersama aktor terbabit, apatah lagi apabila beliau turut memetik nama Zahirah dalam kenyataan ringkasnya itu.

Sebelum ini, Kamal dan Zahirah menarik perhatian ramai menerusi drama berjudul Duda Pujaan Dara yang baru saja melabuhkan tirainya di sebuah saluran berbayar.

Kini, drama lakonan Emma yang bertajuk Awak Suka Saya Tak pula menggantikan slot itu.

Terdahulu, pasangan terbabit memilih untuk tidak meletakkan label kepada hubungan mereka, sebaliknya menyerahkan kepada jodoh apabila diterjah mengenai persoalan menaiki pelamin.

Sumber: Bharian via Soya Lemon

Facebook Comments

Loading…