Oktovia Menrose Mengaku Salah Keluar Dengan Aliff Aziz, Minta Maaf Kepada Bella Astillah

Pelakon baru, Oktovia Manrose tampil membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah di ruangan Instastory berhubung kontroversi bersama suaminya, penyanyi, Aliff Aziz.

Kesal dengan kenyataannya sebelum ini, Oktovia mengakui kekhilafan itu datang daripada dirinya sendiri.

 

Kenyataan Penuh Oktovia Menrose melalui perkongsian di IG Story

“Today was a big day for me. Hari bersejarah saya, tak pernah terfikir dan plan semua ni berlaku. Tapi it happen, saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.

“To @bellaastillah I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah.

“I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah,” tulisnya.

Mengaku akan kesalahannya, Oktovia menjelaskan dia mengeluarkan kenyataan tersebut kerana terkejut dengan kecaman netizen.

“Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me but I deserve it.

“I shouldn’t say that. I tak patut masuk campur urusan you dengan husband you, I tak patut nak cerita fasal hal rumah tangga you.

“I hope that you and Aliff boleh settle dengan cara elok. Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin. InshaAllah,” jelasnya.

Terdahulu, nama Oktovia menjadi panas selepas isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersamanya.

Selain Oktovia, Aliff sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.

 

 

“Sama-Sama Pergi Club, Menari-Menari P3luk & Mabvk” – Terdahulu, Bella Astillah Tunjuk Bukti Aliff Aziz Cvrang Dengan Oktovia Manrose?

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku cvrang dengan pelakon Oktovia Manrose.

Bella mend3dahkan perkara terbabit di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri terbaru itu, Bella turut mendedahkan bukti perbualan di ruangan Direct Message Instagram.

Seorang individu memberikan bukti video dan mendakwa Aliff dan Oktovia sedang berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.

“Assalammualaikum

AND IT HAPPENED AGAIN.

“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya.

“But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru-baru ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu.

“Dua hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete WhatsApp dia dengan heroin tu.

“Saya cakap dengan dia I’m not a kid kalau tak ada apa apa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah, Bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’

“Rupanya orang yang nasihat dan comfort saya ni orang yang sama-sama pergi club dengan Aliff, menari-menari peluk dan mabuk sama-sama.

“Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut.

“Terima kasih kepada insan yang DM saya kalau tak, saya ni takkan tahu apa-apa hanya dgn Ayden je kat rumah.

“Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama-sama yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan,” tulis Bella panjang lebar.

Respon Balas: Oktovia Manrose Kata Keluar Sebagai Kawan, Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecvrangan Aliff Aziz

Pelakon baru, Oktovia Manrose menjelaskan hubungannya bersama penyanyi Aliff Aziz hanya sekadar kawan.

Selepas isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersama dirinya, Oktovia mempertahankan diri dengan menulis kenyataan di ruangan Instagram Stories miliknya.

Namun begitu, Bella mengakui dia mempunyai bukti yang cukup membabitkan kecvrangan suaminya bersama Oktovia.

Menerusi entri di Instagram Bella, dia mendedahkan dirinya mempunyai video yang menunjukkan Aliff bersikap curang bersama Oktovia ketika berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.

“Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah-dahlah tu jaga je Aliff dengan anak awak.

“Keluar sebagai kawan pukul 3 pagi? You tahu itu suami orang? You tahu kat rumah dia ada anak bini dah seminggu tak balik?

“Boleh pula you dengan tak ada rasa bersalah keluar pergi club? Serious lah? Orang DM tu tak mabuk pun.

“I tak b*doh nak keluarkan statement. I ada bukti yang terlebih cukup. I ada video. Ada 3 video,” tulisnya menerusi gambar yang dikongsikan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Beautifulnara

Sumber: Gempak.com Via Go go tular

Facebook Comments