Nabil Ahmad Jawab Isu Video S*ksi Isterinya Yang Tersebar Baru-baru Ini

Baru -baru ini kecoh, apabila terdapat sebuah video tersebar melibatkan pengacara Nabil Ahmad menerusi video secara langsungnya. Dalam video itu kelihatan kelibat isterinya, Zira Ayub yang dilihat seperti berkemban ketika Nabil sedang menjalankan sesi secara langsung perbualan di Instagramnya.

Terkilan Pihak Tidak Bertanggungjawab Sebarkan Video 

Menjelaskan isu tersebut, menurut Nabil, dia tidak perasan dan tidak sengaja memperlihatkan kelibat isterinya ketika itu kerana sedang fokus pada sesi siaran langsung itu. Jelasnya dia lagi, merasa terkilan kerana terdapat segelintir pengguna media sosial cuba mengambil kesempatan untuk menyebarkan video tersebut. Tambah Nabil, video seumpama itu tidak seharusnya ditularkan kerana ianya mengaibkan pelbagai pihak.

“Sekurang-kurangnya simpan sikit common sense, kita sendiri ada ibu, saudara perempuan dan mungkin akan ada anak perempuan nanti. macam mana kalau jadi dekat kita”

Dilantik Menjadi Duta Uphamol

Nabil ditemui di Redbox The Garden bagi sidang media perlantikan Nabil sebagai Duta Uphamol.Pda 23 Januari yang lalu, Nabil tampil dengan single terbaharu berjudul Pening. Menariknya, mengenai single ini Nabil membawakannya dengan imejnya sebagai seorang pelawak.

Baru sahaja dimuatnaik dalam masa 2 minggu, single Pening yang ditulis oleh Nabil sendiri dan WARIS siapa sangka ianya telah berjaya mencecah 1 juta tontonan di YouTube.  Ekoran kejayaan itu, Uphamol sebuah jenama ubat terkenal berminat untuk jadikan Nabil sebagai duta mereka kerana menganggap lagu ini relevan dengan produk mereka.

 

Apa Kata Anda! Dah Baca Jangan Lupa Komen & Share. Terima Kasih

 

Sumber: hangat via kl menjerit

Facebook Comments