Luahan Sayu Adik Perempuan Abdul Bari Yang Buat Ramai Rasa Hiba – ”Abang, Doakan Kami Juga ke Syurga..”

“ Abang… doakan kami juga ke syurga bersama abang.” Itu ungkapan syahdu dilafazkan Siti Nur Hairunnisa, 29, sebaik selesai menyiram air mawar di pusara abangnya, Allahy4rham Abdul Bari Asyraf, 31.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, hari ini.

Kata Siti, pemergian abang yang diangkat masyarakat sebagai wira kerana sanggup berk0rb4n nyawa demi menyelamatkan lima sekeluarga yang nyaris lem4$ selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjun4m ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin membanggakan keluarga.

“Siapa yang tidak sedih kehilangan insan tersayang namun doa daripada masyarakat membuatkan kami gembira, terharu dan bangga.

“ Dia pergi dalam keadaan baik. Seluruh dunia sayang dia. Seluruh dunia mendoakannya.

“ Kami reda dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian abang di alam barz4kh,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bagi Siti Nur Kamilah, 24, kenangan bersama arwah abangnya tetap segar dalam ingatan.

Katanya, arw4h seorang abang yang sangat mengambil berat terhadap keluarga dan keprihatinannya itu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga.

“ Walaupun dia sudah berada di alam sana tetapi kami adik beradik merasakan dia seolah-olah masih bersama kami.

“ Banyak kenangan bersama arw4h yang sukar saya lupakan sampai bila-bila. Saya belajar di UiTM Shah Alam dan setiap kali pulang ke kampung, arw4h abang yang menjemput saya di stesen bas,” katanya.

Lebih 500 ahli keluarga, saudara mara, rakan dan orang awam mengiringi pengebvmian Abdul Bari Asyraf yang selesai 2.30 petang tadi.

Turut berada memberi penghormatan terakhir, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu.

Terdahulu, jenaz4h Abdul Bari Asyraf dibawa ke Masjid Kampung Merbau Patah bagi sembahyang jen4zah selepas jemaah menunaikan solat Zohor pada 1.45 tengah hari.

Sementara itu, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang lem4$ ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu, kelmarin, meningg4l dunia dalam sy4hid, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata, peng0rban4n Allahy4rham menyelamatkan m4ngsa  berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.

“ Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahy4rham Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya.

“ Sesungguhnya, peng0rb4nan Allahy4rham menyelamatkan m4ngsa-m4ngsa berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya termasuk dalam kategori sy4hid, Insya-Allah.

“ Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Orang yang m4ti sy4hid ada lima kategori iaitu m4ti kerana w4bak taun, m4ti kerana s4kit berkaitan perut, m4ti lem4$, m4ti dihemp4p runtuhan dan m4ti sy4hid ketika berper4ng di jalan Allah,” katanya dalam catatan di laman Facebook, petang ini.

Dr Zulkifli berkata, akhlak terpuji Allahy4rham itu wajar dijadikan contoh dan ikutan anak muda di negara ini.

“ Allahyarham adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan supaya keluarganya dan penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

“ Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohinya,” katanya.

M4yat Abdul Bari Asyraf ditemui anggota bomba dan penyelamat serta orang awam pada 7.23 pagi, hari ini dan jenaz4h selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, selepas Zohor.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit : hmetro via Islamik Info

Facebook Comments