“Lara Alana Dah Ada Adik”- Scha Alyahya

Kenyataan pelakon Scha Alyahya di akaun Instagram (IG) memberitahu anaknya, Lara Alana sudah ada adik membuat ramai peminatnya teruja.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang sudah mengucapkan tahniah.

“Lara Alana dah ada adik,” tulisnya.

Namun lama kelamaan pengikutnya mula menyedari ‘adik’ yang dimaksudkan itu adalah patung kecil My Little Pony yang berdiri bersama mereka menerusi sekeping foto yang dimuat naik bersama.

Posting itu dianggap lucu malah ada juga pengikut cuba mengaitkan dengan komen terbaru suaminya, Awal Ashaari di IG yang memberitahu ‘adik’ Lara sudah ditempah menerusi aplikasi membeli belah popular.

[BACA: “Dah Order Kat…”- Ini Jawapan WIN Awal Ashaari Bila Netizen Suruh Tambah Anak]




Foto itu kelihatan seperti Lara baru sahaja pulang dari sekolah.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 5.

Sumber : Gempak

Facebook Comments